Sunday 30 December 2012

Sambutan Tahun Baru 2013

Assalamualaikum,

Tahun 2012 bakal berakhir dalam sehari lagi.

Sehubungan itu, pihak ajk Masjid Pulau Pasir Mandi memutuskan untuk melakukan aktiviti ceramah agama sempena sambutan tahun baru 2013.

Ceramah ini dilakukan bagi mengisi pengetahuan agama dan disamping cuba mengelakkan berlakunya perkara negatif yang sering terjadi pada ambang tahun baru.

Bagi menarik minat pemuda-pemudi kampung, pihak masjid juga cuba menyediakan hiburan bermain bunga api pada jam 12.00 tengah malam. Hal ini masih dipertimbangkan.

Aktiviti masjid diteruskan pada 1/1/2013 pada jam 4.30 pagi untuk Qiamulail yang membawa jemaah untuk solat tasbih, solat subuh dan kuliah subuh.




Ceramah dan Qiamulail ini turut dijayakan bersama dengan UMNO adun KERDAU YB Syed Ibrahim.

Semoga dengan adanya aktiviti keagamaan ini, akan dapat menghidupkan lagi rumah Allah dan merapatkan lagi ukhwah umat Islam. Inshallah

Sebarang pertanyaan mengenai aktiviti ini boleh berhubung terus dengan Naib Pengerusi Masjid Pulau Pasir Mandi : EN. Nordin 019 9799651



Saturday 8 December 2012

Gotong Royong Bersih Kubur

Assalamualaikum

Hari ni, Masjid Pulau Pasir Mandi telah mengadakan aktiviti membersihkan kawasan kubur dan tapak projek sawit di Kampung Pulau Pasir Mandi.





Sebahagian ahli persatuan belia kampung yang menjayakan aktiviti gotong royong





Sebahagian sukarelawan yang menjayakan gotong royong bagi aktiviti masjid. Mereka ini anak muda pemimpin pewaris akan datang, In Sha Allah akan menjadi imam-imam yang terbaik