Thursday 15 November 2012

Laporan Aktiviti Masjid Pulau Pasir Mandi (Julai-Oktober 2012)


Assalamualaikum, berikut merupakan laporan ringkas aktiviti Masjid Pulau Pasir Mandi dari Julai sehingga bulan Oktober 2012. Segala kesilapan dalam laporan hendaklah ditegur dengan cara berhemah. Terima kasih



1. 02 Julai 2012 (Isnin) Pemangku Pengerusi Masjid dan En. Baharin Bin Ismail (Pengerusi JKKK, Pemangku Imam) berbincang bersama Pegawai Jurutera JKR mengenai projek Pembinaan Tambahan Pembangunan Masjid di Pejabat JKR Temerloh.

2. 04 Julai 2012 bersamaan 15 Syaaban 1433 (Rabu) Malam Nisfu Sya’ban, Bacaan Yassin yang di ketuai Oleh En. Baharin Bin Ismail (Pengerusi JKKK, Pemangku Imam), Ustaz Yaakop Bin Sharif (Pemangku Imam) dan En. Abd.Halim B. Md Saman (Pemangku Imam) serta dihadiri seramai lebihkurang 40 orang Ahli Qariah.

3. 12 Julai 2012 bersamaan 22 Syaaban (Khamis) Pemangku Pengerusi Masjid dan En.Abd Halim Bin Md.Saman (Pemangku Imam) serta En. Malek Bin Cik (Bilal) telah menghadiri Kursus Persiapan Ihya’Ramadhan 1433H/2012M di Masjid Abu Bakar Temerloh.

4. 12 Julai 2012 (Khamis) AJK Masjid telah melarang Ahli Jemaah Tabligh untuk membuat aktiviti dan tidur didalam serta luar masjid tanpa kebenaran Pejabat Agama Islam, Temerloh.

5. 16 Julai 2012 (Isnin) Majlis Ceramah Agama semperna menyambut Bulan Ramadhan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zahari bin Daud Timbalan Qadhi Temerloh. Kehadiran lebihkurang 80 orang.

6. 18 Julai 2012 (Rabu) Jam 3.00 petang, Pegawai Jurutera JKR melawat tapak pembinaan tambahan bangunan masjid (Beranda) dan seterusnya telah berbincang mengenai dengan projek tersebut bersama Pemangku Pengerusi Masjid dan Ketua Kampung dan telah bersetuju untuk membina Beranda yang berbumbung.

7. 19 Julai 2012 (Khamis) Jam 10.00 pagi, En Abd Halim Bin Md. Saman telah menerima Watikah Tauliah Amil dari MUIP bertempat di Masjid Abu Bakar, Temerloh.

8. 19 Julai 2012 (Khamis) Jam 7.00 petang, Pemangku Pengerusi Masjid telah menerima sebanyak RM 1,000.00 dari YB. Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Ahli Parlimen Kuala Krau didalam Majlis Penyampaian Sumbangan Peruntukan Majlis Berbuka Puasa yang bertempat di Masjid Sementara Kg. Ketam.

9. 20 Julai 2012 (Jumaat) Ustaz Faizal Ikhwan Bin Ferdaus dan Uztaz Mohd Ghaddafi Bin Abdul Mutalib Pelajar Tahfiz Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Amin, Kampung Berhala Gantang telah memulakan mengimamkan Solat Sunat Terawih untuk tahun ini. Kehadiran Ahli Jemaah Solat Sunat Terawih lebih Kurang 50 orang.

10. 25 Julai 2012 Hasil perbincangan bersama dengan keluarga Puan Rajmah Binti Hamzat (471030-06-5042) sekeluarga telah bersetuju menyerahkan pertadbiran tapak tanah dihadapan Masjid sehingga tepi jalan besar untuk kegunaan aktiviti masjid.

11. 29 hingga 31 Julai 2012 kerja kerja menambak tanah kedalam 3 buah kolam dihadapan masjid telah dilakukan dengan baik dan kos perbelanjaannya sebanyak RM3,330.00 (Ringgit Malaysia:- Tiga Ribu Tiga Ratus Tiga Puluh Saja)

12. 14 Ogos 2012 bersamaan 25 Ramadhan 1433 hari Selasa, Majlis Berbuka Puasa Dan Khatam Quran bersama dengan penduduk kampung berserta penduduk kampung berhampiran, semuanya berjalan dengan baik. Perbelanjaan sebanyak RM916.85 saja.

13. 18 September 2012 (Selasa) Kuliah Tasauf oleh Ustaz Zakaria Bin Mat Dilu. Selepas itu diadakan Majlis Tahlil Allahyarhamah Afifah Binti Hawa. Kehadiran memuaskan.

Ustaz Zakaria
14. 25 September 2012 (Selasa) kerja kerja tambahan menambak tanah kedalam 3 buah kolam dihadapan masjid yang turun telah dilakukan dengan baik dan kos tambahan perbelanjaannya sebanyak RM 350.00 (Ringgit Malaysia:- Tiga Ratus Lima Puluh Saja)

3 kolam yang telah ditimbus
15. 25 September 2012 (Selasa) Majlis Ceramah Agama oleh yang Yang Berhormat Tuan Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad. Kehadiran sangat memuaskan dan AJK masjid mengucapkan ribuan terima kaseh kepada semua yang hadir.

16. 26 September 2012 (Rabu) Membeli 40 tan batu kasaran untuk menambak di Dataran Masjid yang bernilai RM 1,080.00 saja.

17. 27 September 2012 (Khamis) tiga orang AJK Masjid iaitu Pemangku Pengerusi, Pemangku Timbalan Pengerusi dan Pemangku Imam telah menghadiri Kursus Pengurusan Pemantapan Pentadbiran Masjid Qariah Negeri Pahang sesi 2012-2014 di Masjid Abu Bakar, Temerloh.

18. 03 Oktober 2012 (Rabu) memasang Tirai Besi Langsir Beranda, Pintu Pagar Beranda dan Penutup Besi Longkang Masjid, kos perbelanjaan sebanyak RM 950.00.

19. 04 Oktober 2012 (Khamis) Majlis Bicara Ilmu bertajuk “Keistimewaan Berilmu” oleh Penceramah Ustaz Haji Syarifuddin Bin Mohamad Sa’ad yang telah dirasmikan oleh YB. Ustaz Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad AMP, ADUN Kerdau anjuran bersama KKLW. Kehadiran sangat memuaskan iaitu lebeh kurang 200 orang.

20. 09 Oktober 2012 (Selasa) Pemangku Pengerusi dan Pegawai Masjid (Bilal) En. Abdul Malek Bin Cik telah menghadiri Program Penerangan Undang-Undang Keluarga Islam Daerah Temerloh Bagi Tahun 2012M/1433H di Dewan JKKK Kuala Krau, Temerloh.



21. 09 Oktober 2012 (Selasa) Kuliah Maghrib Permulaan semula Kelas Fikah Ustaz Syed Mohd Akhirudin bin Syed Yahya yang telah terhenti selama 2 bulan kerana Bulan Puasa dan Bulan Hari Raya Aidilfitri.

Ustaz Syed -Kelas Fiqah


22. 26 Oktober 2012 (Jumaat) Hari Raya Aidiladha, bermula dengan Solat Sunat Aidiladha jam 9.00 pagi, Solat Jumaat serta Tahlil Arwah selepas Solat Maghrib.

Alhamdulillah 3 ekor lembu di korbankan

23. 14 November 2012 (Rabu) Bacaan doa akhir dan awal tahun Islam 1434H.

Laporan Ringkas Aktiviti Masjid Pulau Pasir Mandi (Jan-Jun 2012)

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum, berikut merupakan laporan ringkas aktiviti Masjid Pulau Pasir Mandi dari Januari sehingga bulan Jun 2012. Segala kesilapan dalam laporan hendaklah ditegur dengan cara berhemah. Terima kasih


1. 01.01.2012 bermula majlis bacaan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun. Majlis ini telah di ketuai bersama oleh Pengerusi Masjid dan Pengerusi JKKK disertai segelintir Ahli Qariah dan AJK Masjid.

2. Aktiviti harian masjid berjalan dengan baik Tahun 2012 seperti berikut:-

a) Mengerjakan Solat Fardhu pada setiap waktu dan hari. Biasanya setiap Solat Fardhu ini di imamkan oleh Pemangku Imam saja.

b) Kelas Fardhu Ain untuk anak anak kariah pada setiap hari kecuali Hari Selasa.

c) Hari Isnin – Bacaan Ulangkaji Al Quran selepas Solat Maghrib.

d) Hari Selasa – Kuliah Agama untuk Kaum Muslimat (Waktu 3.00 petang)

e) Hari Selasa – Kuliah Maghrib Fikah oleh Us.Sy. MohdAkhirudin B. Sy. Yahya

f) Hari Rabu – Kuliah Maghrib Tajwid oleh Ustaz Saad Bin Muhamad

g) Hari Khamis – Bacaan Surah Yasin selepas Solat Maghrib.

h) Hari Jumaat – Kuliah Maghrib Tajwid oleh Ustaz Muhd Hirman B. Abd. Khairi

i) Hari Sabtu – Kuliah Maghrib Tasawuf oleh Ustaz Zakaria Bin Mat Dilu

j) Hari Ahad – Kuliah Maghrib Akidah & Tafsir oleh Ustaz Saad Bin Muhamad

3. 10 Januari 2012 (Selasa) Majlis Permulaan Kelas Fikah oleh Ustaz Syed Mohd Akhirudin Bin Syed Yahya dan Kelas ini akan terus diadakan pada hari Selasa setiap minggu.

4. 12 Januari 2012 (Khamis) Permulaan kerja kerja pembersihan Tapak Tanah Rezab Kubor untuk Tapak Projek Tanaman Pokok Sawit anjuran AJK Masjid KPPM yang di Ketuai Pengerusi Masjid En.Mohd Dzulfatah bin Md.Nor dan Pengerusi JKKK En.Baharin bin Ismail.

5. 13 Januari 2012 (Jumaat) AJK Masjid KPPM telah melancarkan Tabung Sumbangan Projek Tapak Tanah Rezab Kubor Tanaman Sawit.

6. 24 Januari 2012 (Selasa bersamaan Hari Kedua Tahun Baru Cina) lebeh kurang jam 1.00 petang Tuan Imam Masjid KPPM Allahyarham En.Mat Arif bin Abdul Jalil telah meninggal dunia serta selamat dikebumikan lebeh kurang jam 6.00 petang pada hari yang sama. Pada malam itu juga AJK Masjid telah menganjurkan Bacaan Tahlil Arwah yang diketuai oleh Ustaz Mohd Akhirudin bin Syed Yahya. Semuga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham.

7. 07 Febuari 2012 (Selasa) jam 7.00 petang AJK Masjid KPPM telah mengadakan Majlis Maulidur Rasul SAW. seperti berikut;-

a. 8.00 pagi – Acara gotong royong kebersihan kawasan luar & dalam masjid.

b. 2.00 petang – Acara gotong royong memasak untuk jamuan makan malam.

c. 7.26 petang – Solat Maghrib dan Majlis bacaan Maulid Daiba’ie & Qasidah ketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Syed Mohd Akhirudin bin Syed Yahya

d. 8.20 petang – Ceramah Maulidur Rasul oleh Al-Fadhil Ustaz Syed Mohd Akhirudin bin Syed Yahya. Kehadiran lebeh kurang 100 orang Ahli Qariah.

e. 9.40 malam – Solat Ishak berjemaah dan diikuti jamuan makan malam.

f. 10.30 malam - Majlis selesai. Alhamdulillah…….

8. 01 March 2012 perlantikan En.Abdul Malek Bin Cik sebagai Bilal Masjid Qariah KPPM dari Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh.

9. Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Masjid siri 1/2012 pada 30 March 2012 (Jumaat) Jam 3.00 petang bertempat di Masjid KPPM. Kehadiran 12 orang AJK, 3 orang Pegawai Masjid serta turut hadir 6 orang Ahli Kariah. Jumlah keseluruhan 21 orang.

10. 02 April 2012 menghantar surat Bil.(05)dlm.Mas/KPPM/2012 kepada Al-Fadhil Qadhi PAID Temerloh memohon jawapan mengenai Permohonan Peruntukan Penyelenggaraan Bangunan Masjid bernilai RM 60,640.00 (Rujukan surat-Mas KPPM/2011/01 bertarikh 05 Febuari 2011)

11. 04 April 2012 (Rabu) telah mengadakan ceramah agama yang bertajuk ”Peranan Generasi Muda dalam Islam” yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mahmod Bin Haji Mat (Penceramah Radio Pahang FM). Kehadiran Ahli Qariah sangat memuaskan.

12. Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Masjid siri 2/2012 pada 12 April 2012 (Khamis) Jam 9.00 petang bertempat di Masjid KPPM. Kehadiran 13 orang AJK, 2 orang Pegawai Masjid serta turut hadir 1 orang Ahli Kariah. Jumlah keseluruhan 16 orang.

13. 12 April 2012 (Khamis) En. Mohd Dzulfatah bin Mohd Nor telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Masjid. Perkara ini telah dipersetujui sebulat suara oleh AJK Masjid dalam Mesyuarat siri 2/2012 hari yang sama dan perkara ini akan dipanjangkan ke pengetahuan PAID dan MUIP Temerloh.

14. 17 April 2012 (Selasa) Ustaz Syed Fazhar telah mengantikan Kelas Kuliah Ustaz Syed Mohd Akhirrudin. Kuliah ini telah dihadiri lebih kurang 30 orang Ahli Qariah.

15. 18 April 2012 (Rabu) permulaan kerja kerja memasang pagar dan membuat line anak pokok sawit dilakukan di Tapak Tanah Rezab Kubor Islam.

16. 21 April 2012 (Sabtu) permulaan kerja kerja membina Bangunan Setor seluas 16’ X 22’ = 352 kaki persegi dibelakang Bangunan Masjid. Kontraktor Pembinaan telah dilantik dari Pejabat Daerah, Temerloh.

17. Mesyuarat Agong Tahunan (2) pada 27 Aprill 2012 hari Jumaat jam 2.00 petang dan telah dirasmikan Oleh YB. Al-Fadhil Ustaz Syed Ibrahim bin Syed Ahmad ADUN Kawasan Kerdau. N28 serta turut hadir Al-Fadhil Ustaz Haji Badaruddin bin Ahmad Bustamin (Qadhi, Daerah Temerloh) serta dihadirin seramai 48 orang muslimin dan muslimat ahli qariah, Mesyuarat berjalan mengikut agenda dan di tangguhkan jam 4.15 petang.

18. 30 April 2012 (Isnin) pengurusan jenazah Allahyarhamah Afifah Binti Hawa yang telah meninggal dunia pada 29 April 2012 jam 4.35 petang. Segala kesulitan di JPN, Balai Polis dan Hospital Temerloh telah dapat diatasi dan selamat dikebumikan jam 3.20 petang. Semuga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh Allahyarhamah.

19. 01 Mei 2012 (Selasa) Majlis Tahlil Allahyarhamah Afifah Binti Hawa diadakan selepas Kuliah Maghrib Ustaz Syed Mohd Akhirudin diMasjid Qariah KPPM.

20. 05 Mei 2012 (Sabtu) Al-Hafiz Ustaz Zakaria Bin Yahya Imam 2 Masjid Sultan Abu Bakar, Temerloh telah mengantikan Kelas Kuliah Ustaz Zakaria Bin Mat Dilu. Kuliah ini telah dihadiri lebih kurang 40 0rang Ahli Qariah dan diakhiri Bacaan Tahlil anjuran Bilal Abd. Malek Bin Cik.

21. 08 Mei 2012 (Selasa) En. Nordin Bin Sintol telah menghadiri Majlis Taklimat mengenai Peceramah Briged dan seterusnya menerima wang sebanyak RM1,000.00 untuk pertadbiran masjid.

22. 16 – 17 Mei 2012 (Rabu – Khamis) En. Baharin bin Ismail Pemangku Imam dan En. Abd Halim bin Md Saman Pemangku Imam telah menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Imam-Imam bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara, Kampung Bongsu, Lancang, Temerloh.

23. 18 Mei 2012 (Jumaat) Majlis Ceramah Israk Mikraj oleh Al-Hafiz Ustaz Zakaria Bin Yahya Imam Muda Masjid Abu Bakar, Temerloh. Kehadiran lebeh kurang 60-70 orang. Semua perbelanjaan ini telah dibayari oleh Ahli Qariah.

24. 22 Mei 2012 (Selasa) Al-Fadhil Ustaz Wan Hanan Bin Wan Salleh telah mengantikan Kelas Kuliah Ustaz Syed Mohd Akhiruddin Bin Syed Yahya. Kuliah ini telah dihadiri lebih kurang 35 0rang Ahli Qariah.

25. 24 Mei 2012 hari Khamis jam 8.40 malam Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Masjid siri 3/2012 bertempat di Masjid KPPM. Mesyuarat ditangguhkan kerana hujan lebat, petir kilat angin kecang kuat.

26. 25 Mei 2012 (Jumaat) Pembukaan Kelas Kuliah Tajwid oleh Al-Hafiz Ustaz Muhamad Hirman Bin Abd. Khairi dan Kelas ini akan terus diadakan pada setiap Hari Jumaat. Kehadiran lebih kurang 40 orang.

27. 05 Jun 2012 (Selasa) Ustaz BadrulHisham Bin Mohd Zaki Imam 1 Masjid Sultan Abu Bakar, Temerloh telah mengantikan Kelas Kuliah Ustaz Syed Mohd Akhiruddin Bin Syed Yahya. Kuliah ini telah dihadiri lebih kurang 40 0rang Ahli Qariah.

28. 23 Jun 2012 (Sabtu) Permulaan pembinaan Pembesaran Masjid yang bernilai RM 60,640.00 iaitu membina beranda dan jalan, merobohkan tandas lama dan bilik generator serta membaiki salur atap.

29. 24 Jun 2012 (Ahad) Program Kembara RTM Kuantan, Pahang Darul Makmur bersama Ahli Qariah, AJK Masjid telah menerima sumbangan 60 helai sejadah, 100 naskah Surah Yassin. Turut hadir YB. Al-Fadhil Ustaz Syed Ibrahim bin Syed Ahmad ADUN Kawasan Kerdau. En.Baharin Bin Ismail sebagai Ketua Kampung telah mengucapkan ribuan terima kaseh bagi pihak AJK serta Ahli Qariah Masjid diatas pemberian sumbangan daripada Rombongan Program Kembara RTM tersebut.