![]() |
Banner |
Assalamualaikum...
Pada 4 Oktober 2012, jam 6.30 petang, majlis Ceramah Bicara Ilmu telah diadakan di Masjid Kampung Pulau Pasir Mandi.
Majlis ini dirasmikan oleh YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad selaku ADUN Kerdau, Pahang.
Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Syarifuddin Bin Mohammad Sa'ad.
![]() |
Ustaz Syarifudin |
![]() |
Perasmian oleh ADUN Kerdau |
![]() |
YB Syed Ibrahim Syed Ahmad |
Betapa Allah menyukai orang-orang yang menuntut ilmu yang berfaedah...
Para malaikat juga turut merendahkan sayap-sayapnya dan memanggil malaikat-malaikat lain untuk turut serta dalam majlis berilmu.
Selain itu, penceramah juga menceritakan tentang seekor anjing yang menjadi penghuni syurga kerana ia turut setia disisi tuannya yang kuat beragama menyembah Allah sehingga ke akhir hayat.
Dan sekiranya kita dikejar anjing, cubalah dengan yakin memandang anjing tersebut dan memanggilnya Ya Qitmir!!!
Qitmir dikatakan nama anjing milik pemuda ashabul kahfi yang setia dan anjing tersebut penghuni syurga - waallahu alam.
No comments:
Post a Comment