Thursday 15 November 2012

Laporan Aktiviti Masjid Pulau Pasir Mandi (Julai-Oktober 2012)


Assalamualaikum, berikut merupakan laporan ringkas aktiviti Masjid Pulau Pasir Mandi dari Julai sehingga bulan Oktober 2012. Segala kesilapan dalam laporan hendaklah ditegur dengan cara berhemah. Terima kasih



1. 02 Julai 2012 (Isnin) Pemangku Pengerusi Masjid dan En. Baharin Bin Ismail (Pengerusi JKKK, Pemangku Imam) berbincang bersama Pegawai Jurutera JKR mengenai projek Pembinaan Tambahan Pembangunan Masjid di Pejabat JKR Temerloh.

2. 04 Julai 2012 bersamaan 15 Syaaban 1433 (Rabu) Malam Nisfu Sya’ban, Bacaan Yassin yang di ketuai Oleh En. Baharin Bin Ismail (Pengerusi JKKK, Pemangku Imam), Ustaz Yaakop Bin Sharif (Pemangku Imam) dan En. Abd.Halim B. Md Saman (Pemangku Imam) serta dihadiri seramai lebihkurang 40 orang Ahli Qariah.

3. 12 Julai 2012 bersamaan 22 Syaaban (Khamis) Pemangku Pengerusi Masjid dan En.Abd Halim Bin Md.Saman (Pemangku Imam) serta En. Malek Bin Cik (Bilal) telah menghadiri Kursus Persiapan Ihya’Ramadhan 1433H/2012M di Masjid Abu Bakar Temerloh.

4. 12 Julai 2012 (Khamis) AJK Masjid telah melarang Ahli Jemaah Tabligh untuk membuat aktiviti dan tidur didalam serta luar masjid tanpa kebenaran Pejabat Agama Islam, Temerloh.

5. 16 Julai 2012 (Isnin) Majlis Ceramah Agama semperna menyambut Bulan Ramadhan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zahari bin Daud Timbalan Qadhi Temerloh. Kehadiran lebihkurang 80 orang.

6. 18 Julai 2012 (Rabu) Jam 3.00 petang, Pegawai Jurutera JKR melawat tapak pembinaan tambahan bangunan masjid (Beranda) dan seterusnya telah berbincang mengenai dengan projek tersebut bersama Pemangku Pengerusi Masjid dan Ketua Kampung dan telah bersetuju untuk membina Beranda yang berbumbung.

7. 19 Julai 2012 (Khamis) Jam 10.00 pagi, En Abd Halim Bin Md. Saman telah menerima Watikah Tauliah Amil dari MUIP bertempat di Masjid Abu Bakar, Temerloh.

8. 19 Julai 2012 (Khamis) Jam 7.00 petang, Pemangku Pengerusi Masjid telah menerima sebanyak RM 1,000.00 dari YB. Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Ahli Parlimen Kuala Krau didalam Majlis Penyampaian Sumbangan Peruntukan Majlis Berbuka Puasa yang bertempat di Masjid Sementara Kg. Ketam.

9. 20 Julai 2012 (Jumaat) Ustaz Faizal Ikhwan Bin Ferdaus dan Uztaz Mohd Ghaddafi Bin Abdul Mutalib Pelajar Tahfiz Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Amin, Kampung Berhala Gantang telah memulakan mengimamkan Solat Sunat Terawih untuk tahun ini. Kehadiran Ahli Jemaah Solat Sunat Terawih lebih Kurang 50 orang.

10. 25 Julai 2012 Hasil perbincangan bersama dengan keluarga Puan Rajmah Binti Hamzat (471030-06-5042) sekeluarga telah bersetuju menyerahkan pertadbiran tapak tanah dihadapan Masjid sehingga tepi jalan besar untuk kegunaan aktiviti masjid.

11. 29 hingga 31 Julai 2012 kerja kerja menambak tanah kedalam 3 buah kolam dihadapan masjid telah dilakukan dengan baik dan kos perbelanjaannya sebanyak RM3,330.00 (Ringgit Malaysia:- Tiga Ribu Tiga Ratus Tiga Puluh Saja)

12. 14 Ogos 2012 bersamaan 25 Ramadhan 1433 hari Selasa, Majlis Berbuka Puasa Dan Khatam Quran bersama dengan penduduk kampung berserta penduduk kampung berhampiran, semuanya berjalan dengan baik. Perbelanjaan sebanyak RM916.85 saja.

13. 18 September 2012 (Selasa) Kuliah Tasauf oleh Ustaz Zakaria Bin Mat Dilu. Selepas itu diadakan Majlis Tahlil Allahyarhamah Afifah Binti Hawa. Kehadiran memuaskan.

Ustaz Zakaria
14. 25 September 2012 (Selasa) kerja kerja tambahan menambak tanah kedalam 3 buah kolam dihadapan masjid yang turun telah dilakukan dengan baik dan kos tambahan perbelanjaannya sebanyak RM 350.00 (Ringgit Malaysia:- Tiga Ratus Lima Puluh Saja)

3 kolam yang telah ditimbus
15. 25 September 2012 (Selasa) Majlis Ceramah Agama oleh yang Yang Berhormat Tuan Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad. Kehadiran sangat memuaskan dan AJK masjid mengucapkan ribuan terima kaseh kepada semua yang hadir.

16. 26 September 2012 (Rabu) Membeli 40 tan batu kasaran untuk menambak di Dataran Masjid yang bernilai RM 1,080.00 saja.

17. 27 September 2012 (Khamis) tiga orang AJK Masjid iaitu Pemangku Pengerusi, Pemangku Timbalan Pengerusi dan Pemangku Imam telah menghadiri Kursus Pengurusan Pemantapan Pentadbiran Masjid Qariah Negeri Pahang sesi 2012-2014 di Masjid Abu Bakar, Temerloh.

18. 03 Oktober 2012 (Rabu) memasang Tirai Besi Langsir Beranda, Pintu Pagar Beranda dan Penutup Besi Longkang Masjid, kos perbelanjaan sebanyak RM 950.00.

19. 04 Oktober 2012 (Khamis) Majlis Bicara Ilmu bertajuk “Keistimewaan Berilmu” oleh Penceramah Ustaz Haji Syarifuddin Bin Mohamad Sa’ad yang telah dirasmikan oleh YB. Ustaz Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad AMP, ADUN Kerdau anjuran bersama KKLW. Kehadiran sangat memuaskan iaitu lebeh kurang 200 orang.

20. 09 Oktober 2012 (Selasa) Pemangku Pengerusi dan Pegawai Masjid (Bilal) En. Abdul Malek Bin Cik telah menghadiri Program Penerangan Undang-Undang Keluarga Islam Daerah Temerloh Bagi Tahun 2012M/1433H di Dewan JKKK Kuala Krau, Temerloh.



21. 09 Oktober 2012 (Selasa) Kuliah Maghrib Permulaan semula Kelas Fikah Ustaz Syed Mohd Akhirudin bin Syed Yahya yang telah terhenti selama 2 bulan kerana Bulan Puasa dan Bulan Hari Raya Aidilfitri.

Ustaz Syed -Kelas Fiqah


22. 26 Oktober 2012 (Jumaat) Hari Raya Aidiladha, bermula dengan Solat Sunat Aidiladha jam 9.00 pagi, Solat Jumaat serta Tahlil Arwah selepas Solat Maghrib.

Alhamdulillah 3 ekor lembu di korbankan

23. 14 November 2012 (Rabu) Bacaan doa akhir dan awal tahun Islam 1434H.

No comments:

Post a Comment